em..,ingin ana luahkan segala isi hati ana kepada pembaca sekalian.Beberapa hari yang lepas ana ada menghabiskan masa yang terluang dengan membaca novel sejarah islam bertajuk Imam Syafie,pejuang kebenaran.Apa yang menganggu fikiran ana sekarang ini adalah ana selau teringatkan dosa-dosa yang ana lakukan.Imam Syafie ada berpesan sabar menghadapi musibah adalah sebesar-besar erti sabar di mana sabar itu sendiri memerlukan kesabaran pula.Bala dan musibah menunjukkan adanya perhatian dan kasih sayang Allah. Oleh itu,bersyukurlah kerana syukur yang sedemikian setinggi-tinggi erti syukur. Adakah ana mampu berbuat sedemikian rupa??..
Kadang-kadang ana terasa bagaikan diri ini diuji dan terkadang juga terasa berputus asa.Mungkin Allah mahu menguji diri ana dan menaikkan darjat seorang hambanya.Beberapa hari ini,ana berasa sedih dan kecewa dengan hafazan.Ia bagaikan hilang sekelip mata dari semua benua fikiran.Ana ada memberitahu us ana apa yang perlu ana lakukan untuk mengingati kembali hafazan yang hilang??..dalam fikiran ana,ana terbayang betapa banyaknya dosa yang telah dilakukan selama ini dan ana juga teringat bahawa ilmu takkan masuk ke dalam hati yang kotor dengan dosa2.Ya Allah..betapa resahnya hati ini.Us ana beritahu itu pekara normal,dan us ada juga bagi tips untuk mengigati kembali apa yang telah dilupai.Alhamdulillah,ana rasa bersemangat sedikit untuk menghafaz.Imtihan hafazan akan bermula tidak lama lagi.Ana akan cuba lakukan yang terbaik..insyaAllah.Terima kasih atas nasihat ustaz.Buat para pembaca sekalian,ingatlah Allah sentiasa memberi kesenangan kepada hambanya..wallahualam.
AMBIL VITAMIN C DENGAN BETUL
6 years ago
0 comments:
Post a Comment