? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "S BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?
Photobucket

Thursday, August 19, 2010




Ketahuilah olehmu...

Jika kau merasa lelah dan tak berdaya dari usaha yang sepertinya sia-sia..
Allah SWT tahu betapa keras engkau sudah berusaha.

Ketika kau sudah menangis sekian lama dan hatimu masih terasa pedih..
Allah SWT sudah menghitung airmatamu.

Jika kau pikir bahwa hidupmu sedang menunggu sesuatu dan waktu serasa berlalu begitu saja...
Allah SWT sedang menunggu bersama denganmu.

Ketika kau merasa sendirian dan teman-temanmu terlalu sibuk untuk
menelepon...
Allah SWT selalu berada disampingmu.

Ketika kau pikir bahwa kau sudah mencoba segalanya dan tidak tahu hendak berbuat apa lagi...
Allah SWT punya jawabannya.

Ketika segala sesuatu menjadi tidak masuk akal dan kau merasa tertekan...
Allah SWT dapat menenangkanmu.

Jika tiba-tiba kau dapat melihat jejak-jejak harapan...
Allah SWT sedang berbisik kepadamu.

Ketika segala sesuatu berjalan lancar dan kau merasa ingin mengucap syukur...
Allah SWT telah memberkatimu.

Ketika sesuatu yang indah terjadi dan kau dipenuhi ketakjuban...
Allah SWT telah tersenyum padamu.

Ketika kau memiliki tujuan untuk dipenuhi dan mimpi untuk digenapi...
Allah SWT sudah membuka matamu dan memanggilmu dengan namamu.

Ingat bahwa dimanapun kau atau kemanapun kau menghadap...
Allah SWT TAHU... .....

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda,
Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..



~..Ukhwah yang dibina antara kita, Biarlah seperti seutas tasbih, Ada awal, Tiada penghujungnya, Dicipta untuk mengingatiNYA, Dibahagi untuk cintaNYA, Diratib demi redhaNYA..~

Wednesday, August 11, 2010

***Abdullah Ibnu Zaid al-Mazini..***

Abdullah ibnu zaid al-mazini adalah orang yang menutur wudhuk Rasulullah S.A.W.Orang yang membunuh Musailamah al0kaddzab dengan pedangnya.Dia meninggal dunia pada Yaumul harrah.

Saudara Abdullah ibnu Zaid ,Abdullah dan Habib ibnu Zaid ibnu Ashim al-Mazini adalah orang yang ditangkap Mu'awiyah dan dipotong.

Kedua-duanya adalah buah hati seorang ibu yang mulia dan berjuang di jalan Allah S.W.T.Dialah Ummu Umarah, Nasibah binti Ka'ab al-ansari.Saudaranya ,Abdullah ibnu Ka'ab al-mazini adalah salah satu seorang yang turut sama perang Badar.Sedang saudaranya,Abdur Rahman adalah salah seorang yang suka menangis, turut sama menyaksikan malam Aqabah,ikut menyaksikan perang Uhud dan perjanjian Hudaibiyah,perang Hunain dan perang Yamamah.Dia selalu ikut berjihad.Masih banyak jasa lain yang dipersembahkan.

Monday, August 9, 2010

`~~JATUH HATI ATAU JATUH CINTA~~'''


Telah pun dibincangkan hal ini pada topik2 yang lepas...

Kita perlu bezakan antara 'JATUH HATI' atau 'JATUH CINTA' kepada seseorang dengan perbuatan 'bercinta' yang dilakukan oleh mereka2 yang terkena hasutan syaitan. 'JATUH HATI' atau 'JATUH CINTA' adalah sesuatu diluar kawalan seseorang. Ianya berlaku mungkin disebabkan banyak faktor ; Seperti melihat akhlak yang menyenangkan atau kerana kehalusan budi dsb.

Contoh yang terbaik adalah adalah peristiwa yang berlaku keatas Siti Khadijah رضى الله عنها yang jatuh hati dengan akhlaq junjungan besar Rasulullah صلى الله عليه وسلم. Iaitu keadaan yang berlaku secara semulajadi didalam hati tanpa dipaksakan. Ini yang dinamakan naluri insan yang dijadikan oleh Allah Ta'ala yang harus berlaku atas setiap insan yang 'normal' keadaan zahir batinnya. Maka segeralah beliau menghantar wakilnya untuk menyampaikan hajat hati beliau kepada Rasulullah صلى الله عليه وسلم.

Sementara perbuatan 'bercinta' seperti yang dilakukan oleh remaja2 zaman ini yang terkenal dengan berbagai istilah 'couple' , berdua-duan, 'dating' , makan minum bersama, berbual2 melalui telefon, sms, email dengan ungakpan2 cinta dan seumpamanya adalah daripada dorongan nafsu kejahatan dan hasutan syaitan ternyata HARAMNYA.

Dengan demikian sebaik-baiknya bagi seseorang lelaki yang jatuh hati pada seorang wanita, dan ingin menjadikan dia isterinya hendaklah solat hajat dan istikharah memohon petunjuk Allah Ta'ala samada pilihannya itu baik baginya. Setelah membuat istikharah 3 hari turut2, jika jawapan yang didapatinya 'ya' maka hendaklah memaklumkan kepada ibubapanya tentang hajat hatinya supaya mereka menguruskan pinangan kepada wanita tersebut.

JANGAN sekali2 lanjutkan rasa hati dengan perbuatan bercinta yang diharamkan oleh Allah dan RasulNya. Kerana perbuatan berkasih sayang dan bercinta2 ini akan membawa kerosakan pada diri dan bakal zuriat yang akan dilahirkan.


وَلاَ تَقْرَبُواْ الزِّنَى إِنَّهُ كَانَ فَاحِشَةً وَسَآءَ سَبِيلاً

Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan). ( Al-Isra 32)


Sabda Rasulullah صلى الله عليه وسلم,
"Zina mata dengan melihat, kedua telinga zinanya mendengar, lidah zinanya bercakap, tangan zinanya berpegangan, kaki zinanya melangkah dan hati yang berhasrat, membayangi,dan berharap. Semua itu dibenarkan oleh kemaluan atau digagalkannya." (HR Bukhari).

Monday, August 2, 2010

AD-DOA qUbAILA AL-imTihAn...


YA ALLAH,pemilik kearifan dan kebijaksanaan, sewaktu Ibrahim, KhalilMU berdoa,`Berilah daku hikmah', ENGKAU curahkan hikmah padanya sehingga dia mampu menangkap perintah-perintahMU tanpa ENGKAU mengatakan padanya.
Kami juga berharap supaya ENGKAU melimpahkan hikmahmu sehingga kami dapat membaca apa apa saja yang terjadi kepada diri kami dan di sekeliling kami.
YA HAKIM, permudahkanlah bagi kami untuk menimba ilmu dan menjawab soalan-soalan peperiksaan yang bakal kami hadapi kelak.
YA RAHMAN, redhailah setiap ilmu yang telah kami pelajari dan akan kami pelajari. Bersihkanlah hati kami serta masukkanlah cahaya ilmu ke dalam hati kami ini agar kami mudah menerima ilmu dan mengingati ilmu yang dipelajari dengan mudah dan baik serta jauhilah hati kami ini daripada kegelapan dosa-dosa yang sering menghalang kami untuk terus menimba ilmu...Amiin.